Saturday, February 26, 2011

YA ALLAH AKU BERIMAN AKAN KEBENARAN SYURGAMU TAPI MENGAPA DIRI INI KERAP TERLUPA?

Syurga menjadi negeri yang indah untuk didiami kerana seluruh penghuninya memiliki hati yang jernih dan saling mencintai. Tidak ada lagi iri hati, hasad dengki dan terkilan apabila melihat saudara atau jirannya mendapatkan nikmat. Tidak ada lagi kata-kata dosa atau ucapan tak berguna. Yang terdengar hanyalah ucapan salam yang disebutkan berulang-ulang, juga tasbih dan pujian kepada Allah sebanyak hembusan nafas.

Negeri penuh kedamaian ini terbuka hanya untuk orang yang berhati damai (qalb salim), iaitu hati yang dipenuhi keimanan kepada Khalik dan cinta kepada makhluk. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman. Dan iman kamu tidak akan sempurna sebelum saling mencintai. Dan mahukah kamu aku beritahukan suatu amalan yang jika dilakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Jadi, hadis ini memberitahukan bahawa menyebarkan salam akan membawa ke Dar al-Salam. Namun anjuran ini tentulah bukan sekadar ucapan tanpa makna, akan tetapi diiringi tekad untuk menyebarkan kedamaian dan keselamatan kepada seluruh manusia. Sebab salam pada hakikatnya ialah doa yang kita sampaikan kepada seseorang agar diri dan agamanya diselamatkan daripada segala kerosakan, aib dan penyakit. Perkara ini sangat jelas jika kita amati satu persatu kata-kata yang terdapat dalam ucapan salam.

Imam al-Nawawi menambah, “Salam juga mengisyaratkan hilangnya permusuhan, hasad dengki, niat buruk apalagi gangguan yang hendak kita timpakan kepada orang tersebut.” Menuyebarkan salam dengan begitu, sama dengan menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan membuka pintu persaudaraan kepada semua manusia.

Setiap Muslim yang memiliki kondisi hati yang damai seperti ini ditetapkan sebagai ahli syurga meskipun ia masih berjalan di muka bumi. Imam Ahmad meriwayatkan dalamMusnadnya daripada Anas bin Malik r.a., bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, maksudnya: “Akan datang kepada kalian seorang lelaki dari ahli syurga.” Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki daripada kalangan Ansar. Setelah ditanya oleh Abdullah bin ‘Amr tentang amalannya, lelaki Ansar itu menjawab: “Dalam hatiku tidak pernah ada kebencian dan hasad dengki kepada seorang pun daripada kaum Muslimin.”

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitab Lata’if al-Ma‘arif menukil ucapan ulama salaf yang berkata, “Amalan yang paling utama adalah menjaga hati, bersifat dermawan dan tulus kepada semua Muslimin. Dengan sifat-sifat inilah seseorang boleh tiba ke syurga, bukan dengan memperbanyakkan puasa atau solat (sunat).” 

Prinsip yang disebutkan Ibn Rajab ini sangat penting untuk kita sebarkan kepada seluruh lapisan masyarakat kita pada hari ini. Terutama pada masa kini, setiap orang berasa dirinya memonopoli kebenaran dan membantah pendapat orang lain seolah-olah sedang berjihad menentang orang kafir. Sikap seperti ini bukan mendekatkan diri kita kepada syurga, malah menjauhkannya. Hanya hati-hati yang penuh kedamaian dan suka menebarkan kedamaian yang dapat membawa diri kita ke syurga Dar al-Salam yang kekal abadi.

Thursday, February 24, 2011

renung2kan kawan2ku !

sudah mnjadi lumrah bg kita manusia. insan yg lemah dan hamba kepada yg Maha Kuasa. sukar menerima kenyataan bhwa slah itu berpnca dari diri sndiri. same cm bangau 2. pabila ditnya kenapa kurus? ade ke ptut die salahkn ikan yg xtimbul.. bukankah dah jd lumrah alam bangau kene cari ikan as maknn die. begitu jga seterusnya..




dalam kehidupan sekarang. pelbagai masalh xhenti berlaku, dari soal masalh sosial sehinggalah masalah politik hinggalah soal pendidikan...




pabila isu pmbelajaran sains n matematik dl bi dilaksanakn, byk pihak yg xpuas ati. kateny akn sshkn pelajar! pastu bile result exam2 utama keluar ade student yg xperform elok3, ibubapa mnunding jari n kate prgrm itu yg salah. tdakkah mereka terpikir yg masalh itu juga mungkin brasal dr diri mereka yg x amek brat pasl prestasi anak3 mereka?? wat da problem of this people!

bg dak3 univrsiti lak... bile result exam@test kuar, pasti ramai berduyun3 pg bilik lecture tuk tambah mrkah! pe point semua 2? kunun3nya nk mrkh extra la kunun.... be4 exam xde la plak pkir nk study hard.. pastu ade la jgak yg nk suh lcture re-check.. kateny he/she deserve to get more mark!!! come on...

dalm persahabatan lak... pelbagai masalh timbul... ade kwn yg xpndai jage hati la.. de kwn yg xpmdai hargai persahabatn la... dn mcm2 lagi.... kenapa nk mrhkn org laen!! sebelum ape4 pom silalah cermin dulu kesalahan@kelemahan diri sendiri... kamo, kamo , kamo bukanlah sempurna sgt smpaikn nk tunding telunjuk kt org len atas pe yg berlaku....

pabila berlaku pape masalh di sekitar anda, cntohny peparitan tersumbat n masalah pncemaran... pada siapakah anda akan tunding jari??? phak berkuasakah? sedar x masalah itu mungkin berpunca dr korunk yg xbertanggungjawab??

walaupom ape masalah yg timbul.. silelah pikirkn dulu3. muhasabah diri tu dulu.. jagan nk tunding jari jew~

kapel itu boley !!!!!! tp.....

007-

tuk kali ini.. aku ingin berpesan kepada diriku dan saudara2 sekalian ttg 'budaya' couple..

{copy from unknown source}


HUKUM KAPEL DR SEGI PERSPEKTIF ISLAM !!!!
SyeikhF memetik;"Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA 

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA 

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA 
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.


KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR 
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA 

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malanglagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadiHARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.
(Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

p/s: tiada yang sempurna~ 

Pages

tolong bagi hamster kite makan k... :D

sedap lagu ni kan :)